TM pasang Unifi di 1.1j premis

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Telekom Malaysia Bhd. (TM) berada pada kedudukan yang tepat untuk mencapai sasaran memasang UniFi, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, di 1.1 juta premis menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden Eksekutif Pengguna TM, Imri Mokhtar berkata, sehingga kini, TM berjaya memasang Unifi di sejuta premis dan yakin dapat merealisasikan sasaran itu dalam tempoh berbaki kira-kira sebulan setengah lagi.

“Kami bersedia memenuhi komitmen dalam perjanjian usaha sama awam-swasta (PPP) dengan kerajaan untuk memasang 1.1 juta premis dengan kemudahan itu tahun ini,” katanya selepas merasmikan program kesetiaan, TM Rewards, di sini hari ini.

TM Rewards merupakan program mata di mana pelanggan akan diberikan mata ganjaran sebagai menghargai kesetiaan mereka terhadap produk dan perkhidmatan TM.

Mengenai program TM Rewards itu, Imri berkata, TM menyasarkan menerima 300,000 pendaftaran menjelang akhir tahun ini. – BERNAMA